Mengenai Pengasih  
  Mengenai KL Downtown  
  Ulasan Eksekutif
Presiden Pengasih
 
  Ulasan Eksekutif
CEO KL Downtown
 
  Sejarah KL Downtown  
  Masa Perniagaan

Night Market

Selasa - Ahad 10 p.m - 5 a.m

Food Fiesta
Isnin 8 p.m - 3 a.m
.............................................
Peta Lokasi
E-Form
 
 
  Ulasan Eksekutif
Presiden Pengasih

 

Pengasih Malaysia dengan jayanya telah menganjurkan Bazaria KL Downtown Night Market sejak 21hb april 2006 sehingga kini, pasar juadah ramadhan serta downtown food fiesta pada setiap Isnin. Ini kerana kepercayaan yang telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Persatuan Pengasih Malaysia.

Kian hari pengunjung bertambah ramai. Pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, para pengunjung yang datang ke KL Downtown Night Market mencecah 5,000 hingga 9,000 orang. Ini kerana sokongan padu yang diberi oleh jabatan pembangunan dan pengurusan peniaga kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dengan tubuhnya KL Downtown Night Market, Pengasih Malaysia dapat membantu ahli-ahlinya yang terdiri dari bekas pengguna dadah untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan memangkin semangat golongan muda bumiputra mempelajari selok belok perniagaan selaras dengan saranan kerajaan untuk menggalakkan golongan muda bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan.

KL Downtown Night Market juga menjadi sumber kewangan kepada persatuan Pengasih Malaysia untuk memperbanyakkan program-program penyebaran mesej bahaya dadah dan HIV Aids yang berterusan bagi memberi khidmat kepada masyarakat.

   
 
 
 
 
 
2008 © KL Downtown Night Market Sdn Bhd  |  Site by Elite Web Solutions