Persatuan Pengasih Malaysia adalah sebuah NGO yang aktif di dalam aktiviti penyebaran mesej bahaya dadah dan HIV/AIDS. Saluran penyampaian yang kami gunakan adalah media cetak, elektronik dan pameran. Sasaran kami adalah para pelajar, belia, ibubapa dan semua ahli masyarakat di Malaysia dan antarabangsa.
Di antara perkhidmatan yang kami berikan adalah:
- Rawatan dan pemulihan dadah
- Kaunseling untuk belia bermasalah sosial
- Latihan kemahiran kaunseling
- Jagaan Lanjutan dan integrasi
- Rujukan Pekerjaan
- Rujukan Kesihatan
- Hospis
KL Downtown telah membuktikan bahawa kami, ahli Pengasih, boleh kembali dan memberi manfaat kepada masyarakat dengan jayanya. Amanah yang telah diberikan kepada kami boleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan dikecewakan. Mekanisma pemantauan kami memastikan bahawa semua tahap projek berjalan dengan lancar. |