Keratan Akhbar  
  Keratan Laman Web  
  Masa Perniagaan

Night Market

Selasa - Ahad 10 p.m - 5 a.m

Food Fiesta
Isnin 8 p.m - 3 a.m
.............................................
Peta Lokasi
E-Form
 
 
  Berbuka Puasa Meraikan Anak Yatim
 

Dari http://www.pengasih.net

03 Oct 2006

Setiap tahun umat Islam amat menantikan ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak. Ini kerana Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t, Persatuan PENGASIH Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk anak-anak yatim dari Kompleks Darul Kifayah, Jln Ipoh pada 3hb. Oktober 2006. Seramai 30 anak-anak yatim yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 14 tahun diiringi oleh Ustaz Abdul Hakam Awang telah diraikan dalam majlis ini.

Acara ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang DiPertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Tuan Haji Yunus Pathi Mohd. Beliau menyuarakan rasa amat berbesar hati kerana berpeluang untuk membantu anak-anak yatim ini dalam persedian mereka untuk menyambut bulan Ramadhan dan juga Aidilfitri yang akan menjelang. Anak-anak yatim yang hadir telah diberi sumbangan dalam bentuk makanan, pakaian dan wang tunai oleh En. Rustam Roshandin, Pengarah Urusan KL Downtown.

Anak-anak yatim dari Kompleks Darul Kifarah ini kelihatan begitu gembira kerana dapat menjamu selera bersama para jemputan dalam suasana yang meriah. Turut hadir menjayakan majlis ini ialah Yang Berbahagia En. Azlan bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis ini diakhiri dengan Solat Terawikh di Surau Veledrom, Cheras.


 
 
 
2008 © KL Downtown Night Market Sdn Bhd  |  Site by Elite Web Solutions